Followers

HAPPY ANIVERSARY MY LOVE

13/5/2011
detik perkenalan semula aku dan dia,,,
setelah sekian lama aku mencari dan menyukai dia,,,
dan setelah berkali-kali cinta aku di tolaknya,,,
tapi ia tidak sedikit pun mematahkan semangat ku untuk terus menyukai dia,,,
kini genap setahun aku mengenali dia dgn lebih mendalam...
byk kenangan aku bersama dengan dia selama setahun...
semua masih segar bermain2 di ingatan aku sehingga sekarang...

27/5/2011
tarikh ini merupakan hari aku berjumpe dia buat kali pertama,,,
aku yang hanya memakai baju putih untuk pertemuaan pertama....
tidak ku sangka kebetulan dtg dengan begitu sekejap sahaja...
dia juga memakai baju berwarna putih sama seperti ku...
mgkin itu cume kebetulan tapi ia cukup menjadikan ia kenangan yang indah...
aku pergi berkaroke bersama dia dan juga kawan ku ATOK..

11/6/2011
kali ini untuk pertemuaan aku dengan dia untuk kali kedua...
time ni aku dah semakin rapat bersama dengan dia...
kawan ku merancang untuk pergi ke satu majlis perkahwinan...
aku bercadang untuk mengajak dia sekali dan dia bersetuju...
aku melengkapkan tema berwarna hitam bersama kawan aku dan dia...
dia nampak cantik berbaju kurung kelabu hitam...
dia majlis perkahwinan, ramai kawan2 ibubapa aku melihat aku dan dia..
abis jadi bahan bualan la ape lagi...
malu sekejap aku di buatnya...
lepas pada itu aku berjalan2 di bandar bersama dgn dia,,,
sedikit pun rasa hati tidak merasa segan berjalan bersamanya dgn berbaju kurung..
dan tarikh ini juga tarikh pertama aku mengambil gmbr bersama dengan dia berdua...

19/6/2011
ini untuk pertemuan ketiga aku bersama dgn dia..
kali ini baju lain2..aku berwarna merah dan dia berwarna unggu...
masa ni ada gak kenangan aku dgn dia yang best...
aku hampir excdnt woo time 2 tapi nasib baik xder pape...
aku menghabiskan masa bersamanya dengan pergi ker gunung lumut...
aku pergi untuk melihat kawan2 aku mandi manda kat situ...
aku dengan dia xmandi pun...

30/9/2011
hari ini merupakan hari jadiku yang ker 20...
masa itu aku baru lepas excdnt dan tangan aku masih bersimen kerana patah...
aku yang tergamam kerana dia sanggup dtg untuk melawat aku...
dia lah perempuan pertama yang dtg melawat aku dan berjumpe family aku...
aku sangat terharu dengan keberanian dia untuk melihat aku...
tiada apa yang dapat aku katakan melainkan airmata aku menitis...
dia menjaga aku dengan baik dan melayan kerenah aku...
waktu itu juga aku telah melamarnya untuk pertama kalinya...
dia perempuan pertama aku ckp face to face...
aku sarung cincin yang aku beli dan seutas rantai ke lehernya...
aku buatkan dia sebuah lagu dan mainkan untuk dia...

5/11/2011
time nie aku dah baik dari simen dan luka2 atas sbb excdnt...
dia dtg untuk kali kedua kerumah aku untuk melihat keadaan aku...
ibubapa aku sangat gembira atas kehadiran dia...
dia menemani aku menjadi DJ di sebuah hotel PELANGI...
aku sangat gembira bersama dengan dia ketika itu...
naik moto ketika hujan..aku xboleh lupa benda 2...
mandi pantai bersama dengan dia,,,
aku masakkan dia mee bandung udang galah...
indahnya waktu 2 dapat melihat wajahnya gembira..
dia menolong ayahku mengecat kedai...

19/2/2012
aku pulang ke rumah bersama dengan dia menaiki bas yang sama...
aku dan dia berbaju MALAYSIA warna biru..
konon sweet la kan baju sama jalan sama2...
dia ikut aku pulang berjumpe family aku untuk kali ketiga...
kali dia stay lama ckit 4hari 3malam..slalu 3 hari 2 mlam jer...
dia teman aku main game sampai tertido atas sofa...
dia yang takut dgn kucing kini dah brani sikit...
HAHAHAHAHAHHA...
byk gila kenangan time nie.....
aku paling xkan lupa untuk kali ini...

9/3/2012
aku pergi ke KL untuk menghabiskan masa bersama dengan dia
aku berjalan di KLCC dan mcm2 lagi la...
aku menghabis masa hanya berdua bersama dia untuk satu hari...
waktu malam aku pergi ker GENTING HINGLAND bersama dia...
dia cadang nak overnight kat situ sebab situ ramai org walaupun waktu mlm...
lagipun aku xpernah pergi genting..nie first time...
kira sweet memory of the year la...
tapi yang paling terbaik dari dia...
dia xbawak baju sejuk atau pun shawl tebal dia...
tertinggal kat rumah sewa dia kat KL...
mula2 sampai ok lagi la aku xder pape...
so aku la sweter aku kat dia takut dia sejuk...
sekali dah pukul 11.30 mlm amik kau yobbb...
sejuk abis weyh....
tapi sayang punya pasal aku kebalkan diri aku dan biar dia kepanasan...
aku berjalan-jalan jer kat genting sampai la pagi...
esok pagi aku balik ke PD dengan rasa berat hati...
mcm nak mgalir airmata bila nak berpisah dengan dia...

15/3/2012
dia akhirnya menerima aku untuk menjadi kekasih hatinya...
aku yang terlalu gembira sempat membuat sujud sykur atas apa yang aku idamkan...
7 tahun aku menunggu dia dan akhirnya hajat aku tercapai...
aku rasa seperti manusia yang telah hidup semula dari cinta...
bermacam risiko dan halangan telah aku duga untuk si dia..
setiap hari berdoa agar pintu hatinya terbuka untuk ku...
sudah niatku untuk menjadikan dia isteri ku yang sah sebelum mencuba memiliki dia..
aku juga berdoa agar aku dan dia sentiasa bersama hingga keakhir nyawa aku...
aku terlalu mencintai dia lebih dari diri ku...
aku cuma dia tahu yang aku benar2 mencintai dia..
aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia walaupun
jika ALLAH tidak menciptakan aku untuk dia...

SEMUA INI TIDAK PERNAH AKU LUPA DAN XMUNGKIN AKU LUPAKAN..
KAU TERLALU INDAH BAGI AKU SAYANG...
WALAUPUN BENDA REMEH TENTANG MU
AKU TETAP MENGAMBIL SERIUS DALAM APA JUA TENTANG MU..
AKU CUMA INGIN LIHAT KAU BAHAGIA DAN SENYUM...
MAAFKAN AKU JIKA SELAMA KITA BERSAMA...
AKU ADA MENYAKITIMU...
AKU BUKANLAH SIAPA - SIAPA DI BUMI INI...
AKU CUMA INSAN HINA YANG MAMPU MELAKUKAN KESILAPAN..
 AKU MENCINTAIMU SEPENUH HATIKU...

IKLAS DARI EMPUNYA BLOGGER
KHAS UNTUK MU SITI ZUBAIDAH BINTI TAUFIK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...