Followers

APAKAH DIA TULANG RUSUK AKU?


Masa pergi tanpa memikirkan siapa yang menanti..sebagai manusia..
kita perlu menghargai setiap saat yang berlalu dalam hidup..
selagi aku berdiri atas bumi nyata dan selagi aku masih mampu aku cuba menghargai 
segala apa yang ada di hadapan aku..
kini aku sedang di lamun cinta yang hanya aku,dia dan allah sahaja yang tahu..
dia caranya dan aku dengan cara aku sendiri..
kami tidak meletakkan apa2 hubungan pada ikatan ini selain daripada berkawan
namun di hati aku,,dia lebih dari seorang kawan biasa atau pun kawan baik..
dia bukan teman tapi mesra tapi hampir segalanya..
siapa dia sebenarnya? sekali persoalan ini bermain dan terus bermain..
Apakah dia tulang rusuk aku yang selama ini hilang??
persoalan itu semua akan terjawab bila aku di ijabkabulkan..
dengan siapa itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya tetapi
sebagai manusia dan hambanya..aku tidak bergantung pada takdir semata - mata..
aku mencari hala tujuku sendiri dan mencari jodohku sendiri..
aku mengenali pemilik kasut di hadapan ku...
untuk aku..dia cukup sempurna pada aku..
cantiknya,agamanya,akhlaknya,sopannya,ilmunya,dirinya..
dia membuat aku tertawan dengan tingkahlakunya dan bukan rupanya..
setiap hari di dalam sujud terakhirku..aku berdoa pada ALLAH..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..
KAU PERTEMUKANLAH JODOHKU BERSAMA (NAMA SI DIA)
JIKA JODOHNYA BERSAMA DENGAN ORANG LAIN
MAKA KAU JADIKANLAH ORANG LAIN ITU AKU..
SESUNGGUHNYA KAU SAHAJA YANG TAHU NIAT DAN HATIKU..
NAMUN JIKA DIA BENAR2 BUKAN JODOH KU
MAKA KAU TEMUKANLAH DIA DENGAN LELAKI YANG
MAMPU BUAT DIRINYA BAHAGIA DAN MENDIDIKNYA..
KAU PERLIHARA LAH DIA AGAR DIA TIDAK SENGSARA..

Entah betapa berharga dirinya untuk aku..
dia memberi aku ruang untuk aku memperbaiki diriku..
aku juga berdoa agar ALLAH sentiasa menjaga hubungan kami ini
agar sentiasa di landasan nya...

YA ALLAH KAU JAGALAH HUBUNGAN KAMI INI
AGAR KAMI SENTIASA BERADA BERSAMA MU DAN DI JALANMU
KAU HINDARILAH KAMI DARI PERKARA MAKSIAT..
KAU BERKATILAH PERHUBUNGAN KAMI INI..

aku hanya mampu merancang sebaik mungkin dalam hidup aku
APAKAH DIA yang bakal menjadi peneman aku sehingga ke jannah..
doakan lah kami..

WAHAI SI PEMILIK KASUT BIRU..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERI SEDIKIT RUANG HATIMU
UNTUK AKU MENUMPANG KASIH DAN SAYANG..
ANDAI ADA JODOH KITA BERSAMA..
INSYAALLAH AKU AKAN MENJADI IMAM TERBAIK UNTUKMU
MENJADI PENJAGAMU HINGGA AKHIR NAFASKU..
MENJADI SEORANG AYAH YANG BAIK
ANDAI JODOH KITA BERSAMA..
ANDAI JODOH KITA BUKAN BERSAMA...
AKU INGIN UCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SUDI
HADIR DALAM DIRI INI WALAUPUN SEKETIKA CUMA
NAMUN IA AMAT TERINDAH BAGI AKU..
TERIMA KASIH JUGA KERANA SELALU MENASIHATI AKU
MENGAJAR AKU DAN MENDIDIK AKU..
JAUH DI DALAM HATI INI BENAR2 INGIN MEMPERISTERIKANMU
NAMUN BIARLAH ALLAH TENTUKAN SEGALANYA..
AKU MERANCANG SEHABIS BAIK NAMUN ALLAH
YANG MAMPU MENENTUKAN..

SALAM IKLAS DARI AKU YANG AMAT MENCINTAIMU..
SEMOGA IKATAN KITA DI REDHAI ALLAH S.W.T

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...